Permohonan

Jadi pada hari ini, saya ingin menceritakan pengalaman saya ketika mendaki Bukit Besar yang terletak di Kuala Terengganu. Ketika kelas pendidikan Jasmani yang lepas, kelas saya berserta dua kelas yang lain telah dibawa keluar ke Bukit Besar untuk mendaki. Pada awalnya saya menyangka bahawa itu hanyalah gurauan pensyarah kepada kami. Maka, saya pun buat tenang sahaja agar tidak kempunan apabila diberi harapan palsu. Namun, pendakian itu bukanlah harapan palsu dan telah pun direalisasikan pada waktu kelas pjk itu juga.
Ketika di sana kami bermula dengan senamrobik seterusnya terus mendaki Bukit Besar. Nak dijadikan cerita, ini merupakan kali pertama saya mendaki bukit dan seerti dengannya. Maka, saya mendakinya dengan teruja...hahaha. berikut adalah gambar-gambar yang dapat diambil ketika di sana;
nampak kan muka terujanya tu...hahaha

Apa sebenarnya kaitan tajuk ni ngan cerita mendaki ni plak an...sebenarnya apa yang nak diceritakan ialah pernah tak korang tengok cerita polis evo?
kalau pernah mesti korang perasan kan tulisan yang ada kat atas sebuah bukit tertulis "Allah Peliharakan Terengganu"...kat sini lah sebenarnya terletaknya tulisan yang lawa tu.
cuba bayangkan dulu saya pernah terfikir lawanya tempat ni,dan terfikir bilalah dapat pergi ke sana. tetapi, saya biar sahaja sebab macam tak penting.
namun kini saya telah pun berjaya sampai dan mendaki sendiri bukit tersebut.
ok, nak dirumuskan kat sini ialah sedangkan permohonan kita yang terdetik sekejap dan tak rasa pun benda tu penting pun Allah kabulkan...apatah lagi apabila kita berdoa memohon bersungguh-sungguh kan. Kalau Allah belum kabulkan lagi tu bersangka baiklah bahawa Allah sebenarnya sedang menyimpan yang lebih baik untuk kalian.
semoga perisian kali ini memberi manfaat kepada pembaca yang disayangi sekalian dan semoga berjumpa lagi di post yang akan datang...in shaa Allah

Comments

Popular posts from this blog

libero