profil diri

Orang kata, tak kenal maka tak cinta kan...

jadi saya perkenalkanlah diri saya;

Nama diberi : Muhammad Al Wafiuddin bin Rahmat

Tarikh lahir : 6 Julai 1999 (pasni boleh aa kalau nak bagi hadiah)

Tempat asal : Batu Pahat, Johor Darul Takzim

Hobi : Melayari Internet

Makanan kegemaran : Mee Kari

Minat : Bola Tampar

Adik Beradik : Anak pertama daripada lapan adik beradik.

Tempat menimba ilmu ;

   Saya mendapat pendidikan awal semestinyalah bermula daripada kedua ibu bapa tercinta ketika berada di rumah. Seterusnya, saya didaftarkan di Tadika Iman elc di daerah JTaohor Bahru selama setahun. Kemudian, saya mendaftar di Sekolah Rendah Agama Bersepadu (SRAB) di daerah Johor Bahru(2006) selama setahun sebulan dan berpindah ke SRAB di daerah Kluang dan Batu Pahat selama seminggu (pelik kan). Saya menghabiskan zaman sekolah rendah di SRAB Kluang(2007-2011) dengan jayanya.

Selepas itu, saya menyambung pengajian di peringkat Sekolah Menengah Agama Kerajaan Johor di Kluang, Johor(2012-2016) selama 5 tahun yang gemilang. Saya berjaya mengakhiri sekolah menengah dengan keputusan yang memberangsangkan. Alhamdulillah. Pada tahun hadapannya saya mendaftar di Maahad Johor di Johor Bahru(2017) selama 6 bulan sebelum menerima tawaran untuk menyambung pengajian di Institut Pendidikan Guru kampus Dato' Razali Ismail di Batu Rakit, Kuala Nerus, Terengganu Darul Iman. Saya mengambil opsyen Pendidikan Islam dan In Shaa Allah akan menamatkan pengajian selama lima tahun di sana berakhir pada tahun 2022.

Doakan kejayaan saya sepanjang menuntut ilmu ya...

Cita-cita : ~Ingin menjadi seorang pendidik yang mampu menjadi contoh yang baik kepada anak-anak murid seterusnya melahirkan pelapis negara yang berwibawa dan berpekerti mulia. Amiin...

 ~Ingin membahagiakan ibu bapa yang tercinta di dunia dengan menjadi seorang yang                            berguna pada masyarakat.

Moto hidup : "jangan pernah buat buruk pada orang lain, sebab kau sendiri rasa geram kalau orang buat buruk pada diri kau..."

Demikian sahaja intro daripada diri yang serba kekurangan ini dan berharap agar kalian sentiasa mendoakan agar diri ini sentiasa bertambah baik setiap hari...in shaa Allah.

Comments

Post a Comment

Popular posts from this blog

Permohonan

libero